Mempertaruhkan hero tipikal masa kini, Farid Kamil & si manis kesukaan saya, Lisa Surihani, pengarah tidak begitu berjaya mencetuskanchemistry antara mereka berdua.
Kredit yang bagus patut di’berikan kepada Que Haidar yang berjaya membawakan Azmi dengan sangat berkesan & menimbulkan rasa meluat dalam hati penonton.
Sebagai orang yang tidak membaca novel asal, saya menjangkakan yang filem ini akan di’iringi oleh dialog yang bersahaja walaupun dalam suasana rommantik, namun apa yang kami terima adalah ayat ayat clichéala zaman 80′an.
Dari segi penyampaian cerita, pengarah berjaya menyusun babak untuk mudah di’fahami oleh semua yang menonton filem ini walau baru pertama kali terjun dalam dunia Lagenda Budak Setan.
Pembawa watak Ayu yang satu lagi Shiqin Kamal yang pertama kali berkalon filem (maafkan saya jika silap) agak kaku & kami seperti hilang fokus selepas gadis ini menggantikan Lisa Surihani.
Kepada yang anda ingin tahu, filem Lagenda Budak Setan ini akan ada kesinambungan’nya sepertimana novel asal. Filem susulan bakal membawa tajuk Katerina (lakonan Fazura).
Tonton atau tidak? Saya katakan berbaloi kerana filem ini ada kelainan dari filem tipikal Melayu biasanya. Kami beri 5/5 bintang.
(p/s:Lisa Surihani cun giler weh..)
No comments:
Post a Comment